Get Adobe Flash player

Judul: Detik Debar
Pengarang: Eyman Hykal

Pesanan melalui kami:
Harga pasaran : RM 17.00
Harga kami : RM15.00
Kos pos ekspres : RM 6.00
Jumlah :RM21.00 sahaja


Sinopsis:

Biar aku pintas,
biar aku rentas
Kau pasti tewas dan tumpas!

Untuk menyelamatkan ekonomi Amerika yang semakin parah, Presidennya John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos ~ Hari Merdeka. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita rakyat Malaysia, seorang penembak tepat menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK, yang mendapat maklumat itu mengutus Fariz Zafar, perisik elitnya untuk menumpaskan penembak tepat itu sebelum peluru dilepaskan. Fariz mula berkejar dengan masa. Setiap detik Fariz harungi penuh debar kerana ia pertaruhan hidup atau mati.

Best of Detik Debar

Babak 1

Babak 2

Babak 3

Babak 4

Babak 5

Babak 6

Babak 7

Testimonial

Sejak diterbitkan pada akhir November lalu, saya telah menerima 26 komen pembaca novel Detik Debar.

Alhamdulilah, syukur kepada ALLAH SWT kerana anda menyukainya. Terima kasih kepada anda. Kecuali komen novelis Ramlee Awang Murshid, lain-lain testimonial adalah daripada rakan-rakan Facebook saya.

Oktober 2011
Ramlee Awang Murshid
Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut.
29.11.2011
Hamima Abdul Ghani
Sudah habis baca. Hmm... memang bertepatan tajuk dan isinya. Setiap detik berdebar, lebih-lebih lagi bersemangat ingin mengetahui apakah yang akan terjadi. Akhirnya dapat juga tau kisahnya. Sangat berpuas hati. Garapan cerita yang sangat menarik. Setiap aksi dan situasi dapat dibayangkan seolah-olah seperti menonton TV pula. Tahniah Encik Eyman Hykal. Hmm… masuk juga nama pengkarya yang setiap karyanya saya miliki iaitu Encik Ramlee Awang Murshid.
16.12.2011
Mona Natasya Othman
Salam Tuan Eyman Hykal. Saya baru sahaja menoktahkan novel terbaru tuan iaitu Detik Debar. Sekalung tahniah diucapkan dgn penghasilan novel itu. Memang berdebar-debar dari muka surat awal lagi. Harap tuan akan terus menghasilkan novel aksi seperti itu lagi di masa hadapan. Secara peribadi dapat saya katakan bahawa ia memang naskah yang baik sekali. Keep up your good work. Well done.
19.12.2011
Web Sutera
Detik Debar memang mendebarkan! Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat John Martinez sebanyak empat kali dipatahkan oleh Biro Risikan Negara (BISIK). Amerika Syarikat beralih kepada sistem kewangan Islam setelah runtuhnya sistem kewangan riba tajaan Yahudi.
20.12.2011
Hanni Ramsul
Baru sahaja noktahkan bacaan pada halaman terakhir Detik Debar karya Eyman Hykal. Dua hari ambil masa untuk baca patah demi patah dengan penuh sabar. Satu-satunya novel yang saya tahan diri daripada menjatuhkan bacaan pada helaian terakhir saat jemari baru menjamah helaian pertama. Saya mahu menikmati rasa ingin tahu pada intinya yang membuak-buak. Dan saya cukup suka dengan Paris @ Fariz Zafar yang cool. Juga saya jumpa Tan Sri Ramlee Awang Murshid kat sini.. ;) Buat penulis, tahniah kerana zahirkan satu cerita yang amat menarik untuk dihayati. Saya suka :)
23.12.2011
Fariz Rahman
Thank you Encik Eyman. Heheh… sayalah Fariz Zafar agen BISIK, hehehe. semoga maju jaya dan menghasilkan novel yang lagi mantap. Eh, mane ade jual kacang pinyon, ye? Hehe
24.12.2011
Ismi Adham
Salam. Baru minggu lepas khatam Detik Debar. Memang satu buku yang lebih baik dari sebelumnya (Meniti Maut). Starting buku ni memang menarik (betul-betul suspen). Bila habis baca buku ni, ada jugak terfikir apa yang akan jadi kat dunia ni kalau Presiden Amerika itu seorang Islam.
26.12.2011
Azo Ida
Tepat jam 2.30 pagi, 26.12.2011, tamat baca novel DETIK DEBAR karya Eyman Hykal. Novel yang menarik walaupun ada terdapat 2-3 perkataan yang tersalah taip barangkali. Tetapi memang sebuah novel yang cukup memuaskan hati kepada peminat novel maca saya. Teruskan usaha anda =)
31.12.2011
HAMIDAH HASSAN
Saya tidak pandai mengulas, tapi apa yg saya rasakan buku ini amat menarik. Membacanya membuatkan kita tertanya-tanya apa kisah seterusnya. Saya suka kisah Presiden Amerika yang condong kpd Islam (Insyaallah satu hari nanti) dan bagaimana Zionis mempergunakan kuasa mereka untuk memerintah dunia secara tak langsung. Cuma saya ingin komen sedikit apabila Fariz bermonolog ketika neneknya menelefon"tidak mahu neneknya tertanya-tanya di manakah letaknya Sepang." Tuan, saya rasa kisah ini kisah masa depan, mungkin 5 atau 10 tahun akan datang. Mustahilah nenek-nenek masa tu tak tahu di mana letaknya Sepang. Maaf yea tuan!

5.1.2012
MERSIK ROMOYU
Salam sejahtera En Norden. Selamat tahun baru 2012 diucapkan. Semoga En Norden akan terus berjaya dalam kerjaya, bidang penulisan dan kehidupan.Sy baru selesai menamatkan pembacaan DETIK DEBAR minggu lepas. Sebuah cerita yang menarik dan mengundang rasa debar sewaktu pembacaan. Plot bersifat global crisis yang dipaparkan begitu berani dan mengujakan.

Apatah lagi bila menjadikan Malaysia sebagai tempat konflik berlaku. Setiap cerita dengan watak-wataknya bergerak dengan pantas. Selain itu perjalanan cerita juga lancar. Banyak maklumat2 diperolehi tentang perisikan dan konflik dalam rumah putih Amerika.

Babak di dataran merdeka disusun dengan kemas dengan rentetan peristiwa cemas yang bergerak laju. Tiba-tiba sy teringat filem yang berdasarkan sudut pandang watak-watak iaitu VANTAGE POINT ( Lakonan Dennis Quaid, Matthew Fox, Forest Whitaker) yang menarik kerana ianya lain dari yg lain.

Seperti novel Meniti Maut, cerita perisikan ini ada kekuatannya yang tersendiri, lebih kepada masalah global.

Sedikit komen peribadi ;

Cerita mengenai latihan Fariz sewaktu permulaan amat menganggu mood, apatah lagi setelah beberapa bab berlalu, baru diketahui bahawa itu adalah latihan semata-mata. Ia seperti ending awal yang melemahkan pembacaan. Sedangkan hal-hal yg membongkar rahsia sesuai berada di pengakhiran cerita ( seperti dalam kebanyakan novel-novel RAM ).

Apabila sudah tahu bahawa ianya adalah sekadar latihan ( sedangkan pembaca sudah teruja hendak mengetahui kesudahannya) mood akan jatuh merudum. Kemudian mengambil masa utk menerus membaca sehingga berjumpa dengan konflik yang sebenar.

Sepatutnya bahagian ini boleh dipendekkan , terus kepada bahagian akhir sebagai prolog pembukaan cerita.

Apa-apa pun ia tidak mencacatkan keseluruhan cerita.Teruskan menulis genre yang menarik ini.
5.1.12
RAZIF RADZI:
Assalamualaikum. Saya dah abeh baca Detik debar. Kita tunggu Gerak Gempar pulak. Komen saya,cerita menarik,tapi kurang aksi. Saya harap lebih banyak aksi yang dipaparkan. Saya juga bosan seperti Fariz dengan Pintas 3. Kena kerap Pintas 1 dan 2 ya?

Pada permulaan cerita saya ingat isu pemerdagangan manusia. Menarik tu. Harap yang akan datang ada la Awut Chaovalit punya cerita yer?
5.1.12
BUDAKHUTAN RE
"Detik Debar novel aksi olah benar. Kotak akal ligat menaakul, teori konspirasi berinti hakikat yang kelat. Dalam bait-bait ayat terselit kalimat keramat, tersirat dakwah untuk sekalian umat"

Sepanjang tempoh waktu dalam mengupas (membaca )Detik Debar, setiap babak dan aksi berputar di layar minda. Berkesan. Penutup Detik Debar juga seperti mula mendaki klimaks... mungkin itu Gerak Gempar?

Syabas dan Tahniah kepada saudara Eyman Hykal kerana berjaya membawa kami mengembara dalam novel penuh aksi ini!
23.1.2012
Capix Crash
Detik Debar memang ada thrillnya yang tersendiri. Tatkala membaca novel ini, perasaan ingin tahu kejadian seterusnya amatlah tinggi.

Contohnya bila membaca bahagian mengenai Zionis, Arab, Malaysia dan Amerika Syarikat. Kebanyakkan unsur-unsur yang Eyman Hykal selitkan mengenai The Group juga tidak ramai yang tahu.

Bagaimana pun, saya dah boleh agak jalan cerita dan apa akan jadi selepas sesuatu kejadian. Untuk pengetahuan,saya gemar membaca buku Detektif Conan dan Sherlock Holmes. Jalan ceritanya amatlah misteri dan sehingga akhir episod.
1.2.2012
NUR ASIAH
Saya tak pandai nak terang dalam bentuk karangan ni. Tapi Detik Debar memang sangat-sangat best! Macam mana saya minat karya Abang RAM, macam itulah saya minat karya saudara Eyman!
11.2.2012
Rukia Chan:
Salam saudara Eyman. Saya dah lama khatam Detik Debar. Babak awal memang sudah cukup mendebarkan, sesuai dengan tajuknya. Saya ni tak berapa pandai nak komen novel ni. Tapi saya tak sabar menanti Fariz beraksi dalam Gerak Gempar pulak!
19.2.2012
Zanariah Zaiyli
Jalan cerita Detik Debar amat menarik, sesuai dengan tajuknya. Saya baca tak langkau halaman kerana novel ini tak membosankan. Saya sukakan watak Fariz Zafar dan Jennifer Miles. Part yang saya terharu ialah semasa Jennifer melafazkan kalimah syahadah ketika menjadi tawanan Moussa. Kini, saya sedang menatap Meniti Maut pulak!
19.2.2012
Analiza Haji Mat Jusoh
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya khatam Detik Debar. Tahniah saudara kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bagus untuk pembaca dan peminat novel seperti saya. I really enjoyed reading it! Bermula dengan tajuknya hinggalah dari satu plot ke satu plot yang lain, ia penuh dengan debaran. Walaupun terdapat sedikit situasi yang boleh melemahkan jalan cerita, bagi saya sebagai peminat novel, hal itu boleh ditutupi dengan jalan cerita keseluruhan yang berjaya saudara olah. Well done! Semoga saudara terus maju jaya dalam menghasilkan karya-karya yang lebih mendebarkan pada masa depan.
20.2.2012
Wazrul Shah
Salam saudara Eyman. Novel Detik Debar telah saya tatap sebulan selepas ianya di pasaran. Bagi saya, novel ini mempunyai identitidan kekuatannya yang tersendiri. Novel ini merupakan novel aksi yang pertama saya baca kerana saya bukanlah meminati novel aksi sepenuhnya. Tetapi disebabkan saya pernah mengikuti beberapa fragmen Gerak Gempar di dalam blog saudara, saya tertarik untuk mendapatkan Detik Debar pula.

Detik Debar membuatkan saya begitu teruja untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya. Watak Fariz Zafar sangat menarik! Ketika membaca novel ini, saya membayangkan diri saya sebagai Fariz Zafar! Menjadikan mood saya ketika membaca Detik Debar bertambah suspens!

Teruskan menghasilkan karya yang baik saudara Eyman! Siapa tahu tidak lama lagi tuan akan mendapat gelaran, 'NOVELIS AKSI NO 1 MaLAYSIA!' Insya-ALLAH semuanya tidak mustahil.
23.2.2012
Kamsiah Ishak
Salam. saya dah baca novel DETIK DEBAR. Saya berpuas hati sangat. Terasa cepatnya dah habis. Tak puas baca. Apa pun tahniah ya, kerana menghasilkan novel yang betul-betuli berkualiti. Saya nak dapatkan nvel Meniti Maut pulak. (tertarik dgn watak Fariz Zafar)
28.2.2012
Nur Hannan Nazri
I've read and finished it in two days!

Novel kali ni sangat-sangat mengujakan. Malah saya jatuh hati dengan Fariz Zafar. 56 halaman pertama buat saya 'tertipu’ kerana tak terjangka. Oh, percaya tak, saya tersenyum kerana puas dapat membaca Detik Debar. Harap satu hari nanti boleh dapatkan tanda tangan Eyman untuk novel saya ni!
18.3.2012
Rosdina Amdan
Salam, saudara Eyman. DETIK DEBAR dah habis dibaca. Memang mengujakan. Saya suka watak Fariz Zafar. Cerita ini seolah-olah benar terjadi. Bab Palestin juga menyentuh hati saya. Saya tak jemu membacanya. Cuma setiap kali hendak menghabiskan, ada-ada saja hal. Nasib baik dapat habiskan bacaan hari ini. Tak sabar nak baca GERAK GEMPAR! Tahniah buat saudara.
21.2.2012
Shahrol Nizam Zulkifli
Sebelum tidur saya nak berkongsi sebuah novel yang menarik. Setelah membacanya, saya yakin untuk mengesyorkan kepada semua peminat novel hasil tulisan penulis tempatan.

Selepas RAM, saya yakin Eyman Hykal juga punya cara yang tersendiri untuk meluahkan karya. Saya berpuas hati dan saya mencadangkan agar novel ini dibaca oleh semua warganegara Malaysia yang mencintai keamanan dan kesejahteraan negara dan agama.

Alhamdulillah. Saya puas!
2.4.2012
As Samsudin
DETIK DEBAR karya Eyman Hykal memberikan aku kepuasan yang maksimum.3 bulan novel ini tercatuk di rak buku, memang satu kerugian untukku. Hai, manalah aku tahu yang novel ni best sangat?

Memang menepati seleraku. Tahniah buat Eyman Hykal. Menoktahkan Detik Debar memberikan satu kepuasan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
2.2.2012
Qaseh Puteri via Qaseh Puteri
Baru-baru ni, kite ada beli sebuah novel ni. Novel ni MHI yang suggest pada penonton untuk beli.. Dan disebabkan novel ni genre thriller, kite pun tak agak-agak untuk membelinya. Huaaaaa... macam tengah tengok Detektif Conan tau. Penuh dengan aksi yang mendebarkan. Perisikan dan penyiasatan. Wuwuwu.. 0_O

27.4.2012

Mael Palarae

Salam Jumaat. Saya baru sahaja berjaya menghabiskan pembacaan novel saudara sekitar pukul 4.00 pagi tadi. (maklumlah kerja kedai 24 jam)


Sebenarnya dah lama beli Detik Debar, cuma tiada masa nak mengkhatamkan. Dan saya yang baru mula bekerja 2 hari sementara menunggu pagi (pasal giliran saya 8 malam sampai 8 pagi) jadi sempatlah membaca buku saudara ni.


Komen saya, Detik Debar digarap dengan penceritaan yang menarik dan berani kerana jarang sekali akan ada penulis yang menulis genre aksi. Apatah lagi dalam ceritanya diselit soal Zionis, Amerika dan termasuk negara tanahair yang dicintai ~ MALAYSIA.


Bagi saya yang baru pertama kali baca novel nukilan saudara, ianya adalah pengalaman indah yang tak dapat dilupakan. Apabila kita mula membaca maka kita seolah-olah tidak mahu berhenti dan itu adalah satu petanda yang garapan novel itu cukup rempahnya.


Saya mengucapkan tahniah kepada saudara atas promo yang dilakukan di inbox facebook saya (jika tidak memang tak pandang novel lain ^^). Semoga berjaya pada penulisan novel yang seterusnya!

Rating: 8/10

14.5.2012

Cik Wedges

TAHNIAH! DETIK DEBAR mendebarkan saya. Satu penulisan novel aksi yang sangat berani. Saya sangat suka babak sambutan HARI KEBANGSAAN yang penuh dengan debaran! Seperti wujud dan seakan hidup plot anda di sana! Lepas ni, saya akan terus menanti novel aksi dari anda lagi. InsyaAllah, saya pasti akan mengenali penulisan anda dengan lebih dekat lagi. 5 star buat DETIK DEBAR! Teruskan menulis novel aksi!